SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN DIRI

Bisnes Tudung

Pengenalan

Video Makro Pengajaran

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4

Bisnes Tudung

23 Sept 2011

TAKSIRAN KEPERLUAN PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN GURU SAINS DALAM PERKHIDMATAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menentukan tahap keperluan penguasaan
teknologi maklumat dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
latihan. Sampel kajian adalah guru-guru sains sekolah
menengah dalam perkhidmatan.  Kajian ini  merupakan satu
kajian tinjauan dengan  menggunakan borang soal selidik. 
Sampel kajian ini berjumlah 181 orang daripada populasi 322
orang guru-guru sains sekolah  menengah Bahagian
Kuching/Samarahan, Sarawak.  Instrumen kajian mengunakan
soal selidik 5 poin skala Likert dengan pekali
kebolehpercayaan Cronbach Alpha di antara 0.96 - 0.99. 
Analisis soal selidik mendapati tahap pengetahuan, kemahiran
dan latihan  sedia ada guru-guru sains ini berada pada tahap
sederhana. Ini dapat dilihat dengan nilai min pengetahuan
(2.56), kemahiran (3.11) dan latihan (2.81). Tahap keperluan
dikenalpasti dengan  menilai jurang antara pengetahuan,
kemahiran  dan latihan sedia ada dengan yang perlu ada.
Maka, dapatan menunjukkan tahap keperluan pengetahuan
adalah sangat besar dengan nilai jurang  min adalah 1.50. 
Manakala tahap keperluan kemahiran adalah sederhana
dengan nilai jurang min 1.17 dan tahap keperluan latihan
dengan jurang nilai  min 1.42.  Kajian mengesyorkan  satu
program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu
dilaksanakan untuk  menambah pengetahuan dan kemahiran
asas dan  pengunaan teknologi  maklumat  guru-guru sains
dalam perkhidmatan. 



PENDAHULUAN

Kerajaan Malaysia telah meletakkan matlamat bahawa pada tahun 2010
semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia  sebagai Sekolah Bestari
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997a). Sekolah Bestari ini akan
berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Ini
merupakan satu perubahan besar terhadap sistem pendidikan negara dan ini
selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara membangun menjelang
tahun 2020. Salah satu langkah strategik untuk mencapai matlamat ini ialah
dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia.  Salah satu lapan aspek penting
Koridor Raya Multimedia ialah aplikasi Sekolah Bestari.


Penggunaan teknologi maklumat merangkumi aspek  pengurusan dan
pentadbiran sekolah dan yang lebih penting ia diaplikasikan di dalam proses
pengajaran  dan pembelajaran (Fiske 1991). Sejarah penggunaan teknologi
maklumat di Malaysia telah dimulakan dengan pengenalan program kelab
komputer sebagai salah satu kegiatan kokurikulum sekolah pada tahun
1980an (Zoraini, 1991).  Ini diikuti dengan pengenalan program Komputer
Dalam Pendidikan pada tahun 1995. Program ini memberi penekanan kepada
empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik.  Maka guru-guru mata pelajaran yang berkaitan telah diberi latihan
penggunaan komputer di dalam proses pengajaran  dan pembelajaran. 
Susulan daripada itu, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan menjadikan
Literasi Komputer sebagai salah satu mata pelajaran dalam pengajian
peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Kemantapan penggunaan teknologi maklumat sangat penting untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran juga
pentadbiran  dan pengurusan sekolah.  Bermula akhir tahun 2002,  semua
guru yang  mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat tahap
satu sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah sekolah
menengah telah mengikuti kursus penggunaan teknologi maklumat.  Ini diikuti
dengan pembekalan komputer riba kepada semua guru sains dan matematik
yang terlibat di dalam pengajaran  Sains dan  Matematik di dalam Bahasa
Inggeris. Setiap sekolah juga dibekalkan dengan projektor multimedia, skrin,
pembesar suara dan troli. Walau pun semua infrastruktur teknologi maklumat
telah diadakan, tetapi  apakah keperluan sebenar guru dan pihak pentadbir
sekolah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains
ketahap bestari?   

Bisnes Tudung