SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN DIRI

Bisnes Tudung

Pengenalan

Video Makro Pengajaran

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4

Bisnes Tudung

13 Oct 2011

Masalah Penglihatan

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)
Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya  untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.
KLASIFIKASI LOW VISION DAN BLIND MENGIKUT UKURAN KETAJAMAN PENGLIHATAN DAN AKUITI VISUAL.
Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai:
Kebutaan:
penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive)
Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):
penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

BAHAGIAN MATA DAN PUNCA MASALAH PENGLIHATAN
Bahagian Mata

Bahagian
Keterangan
Kornea merupakan selaput hening di hadapan biji mata yg menutup mata hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata.
Retina lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya mata hitam.
Makular merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya
Iris bahagian yang paling jelas pada mata. Mempengaruhi warna mata.
Kanta Mata bersifat lut sinar, menfokus objek pada jarak yang berbeza-beza
Pupil bahagian tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris, mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.
Punca
Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini termasuk:
  1. baka dan keturunan
  2. komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
  3. Rubella
Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.
  1. sifilis
  2. kecederaan
  3. penyakit
MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN.
1. Katarak
Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-
Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.
Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.
Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi
Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.
2. Glaukoma
Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Glaukoma Akut
Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma.
Glaukoma Kronik
Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.
Tanda-tanda Glaukoma Kronik
Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.
3. Degenerasi Makular
Degenerasi Makular, selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama  kehilangan penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina  yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu, semakin merosot. Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk basah dan kering.
Degenerasi Makular Kering.
AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas.
Degenerasi Makular Basah
Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah.  Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada  cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.
4. Ocular Motility
Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.
5. Strabismus (Mata Juling)
Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.
6. Amblyopia (Lazy Eye)
Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya. Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.
Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.
7. Nistagmus
Nistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu terjadi sendiri. Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti “menari-nari”, “bergoyang”, atau “melompat-lompat”. Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak. Seseorang boleh menghidap penaykit ini sejak lahir atau dapat dideritai di kemudian hari.
CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN, PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:
Sentuh
Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.
Pendengaran
Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.
Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan  galakkan ia bertanya kembali.
Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.
Bau
Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
Rasa
Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.
Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.
Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.
Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid low vision  mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti  visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka turut  mendedahkan ramai murid yang  tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990)  yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision   tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji  oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut:
  1. Tidak mampu membeli peralatan itu,
  2. Peralatan yang ada hilang,
  3. Tidak tahu menggunakan peralatan itu,
  4. Tidak suka menggunakan peralatan itu.
Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu.
Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas  menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision  yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan.

Terapi

1. Terapi Fisio dan Terapi Cara kerja
2. Terapi Muzik dan Nyanyian
3. Pergerakan Kreatif dan Drama
4. Terapi Seni
5. Terapi Hidro
Maklumat dikumpul oleh: Rohayu SK Setapak, KL.
Sumber : Pelbagai
Tarikh : 26 Mei 208
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan murid-murid pendidikan khas untuk menjalani terapi air ini, kebanyakkan murid ADHD dilihat tidak lagi berkelakuan aktif ketika berada di dalam air. Mereka kelihaan leka dan ashik bermain dengan pasir dan juga objek-objek yang terapung di dalam air.
5.1. PENGENALAN
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
5.2. OBJEKTIF
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini.
5.3. DEFINISI DAN KONSEP
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.
5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’
5.5. PANDUAN KESELAMATAN
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKP tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI
i. Pendahuluan

• Memanaskan badan dan meregangkan otot.
• Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran

• Bermain-main di tepi air.
• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
• Mengemaskan dan membersihkan diri.

Pintar Cerdas

efinisi:
 
            Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
            Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.
            Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan  tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.    
Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas
Pengamatan tinggi
  • Menyedari sesuatu  dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
Keinginan untuk tahu tinggi
  • Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
Minat mendalam
  • Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati  dalam jangka masa sebulan atau mungkin  setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas
  • Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
Ingatan yang tinggi
  • Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
Mungkin dapat membaca lebih awal
  • Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
Kerap membaca serta meluas
  • Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
Tatabahasa yang tinggi
  • Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
Tahap penumpuan yang lama
  • Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi  tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran
Kebolehan menyelesaikan masalah
  • Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi
Suka bertanya dengan lebih teliti
  • Kebolehan untuk mencipta teori  baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
Keupayaan imaginasi yang tinggi
  • Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
  • Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
Sangat sensitif  dari segi emosi dan emosi tingkah laku
  • Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
  • Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain
Bersemangat dan bertenaga
  • Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
Pandai berjenaka
  • Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
  • Tidak suka melakukan kesilapan  dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
Perkembangan asynchronous
  • Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya,  kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya 
Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas
Permasalah dari segi perkembangan asynchronous 
  1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain
  2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan  perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan
  3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang
Permasalahan dari  segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan  memberi  alasan
  1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka  itu bijak
  2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.
  3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif
  1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa
  2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial
  3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah  ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Disleksia

Definisi
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah  ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
            “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
            Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
  • Disleksia visual (penglihatan)
    • Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
  • Disleksia auditori (pendengaran)
    • Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi  percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
  • Disleksia visual-auditori
    • Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
  • Keturunan atau genitik
    • Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
  • Biologi
    • Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
  • Kematangan
    • Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah
  • Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
  • Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
  • Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
  • Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
  • Tidak merangkak semasa bayi
  • Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
  • Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak Sekolah Rendah
6 hingga 9 tahun
  • Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  • Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
  • Keliru dengan kiri dan kanan
  • Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
  • Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
  • Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  • Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
  • Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
  • Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
  • Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah
  • Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  • Kesukaran menulis karangan
  • Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  • Kesukaran mempelajari bahasa lain
  • Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  • Jenis orang yang suka senyap
  • Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
  • Kuran kemahiran bersosial
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA
Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
  • Mengeja
  • Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
    m – w                  y –g – j      u – n           m – n
    c – e                     p – q           h – n           b – d
  • Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
    t – h           f – v
  • Membaca
    • Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;
    Batu – tuba                           Gula - lagu
    • Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
    pada masa yang sama – dapa masa yang masa
    • Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
    Jam – jem          cat - cat
  • Menulis
    • Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
    • Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
  • Bercakap dan mendengar
  • Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
  • Nombor
    • Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
3 – 5 - 8               9 - 6
  • Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
  • Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
  • Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
  • Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
  • Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
  • Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
  • Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
  • Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
  • Membacakan  cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
  • Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
  • Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
  • Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
  • Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
  • Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Cerebral palsy

CEREBRAL PALSY


“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
    1. Jangkitan dalam rahim
    2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
    3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
    1. Kelahiran tidak cukup bulan
    2. kecederaan semasa lahir
    3. lemas semasa lahir
    4. jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
    1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
    2. Jaundis yang teruk (kemicterus)
    3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
  1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  2. perkembangan otak yang tidak normal.
  3. rembesan (intraeraneal bleeding).
  4. demam kuning.
  5. terhentak / terhempas / kejutan.
  6. serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
  1. bayi kelihatan lembik
  2. lewat perkembangan
  3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  4. masalah menyusu
  5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rengsangan
  6. refleks primitive yabg kekal
  7. sembelit
  8. cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
  1. bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
Umur Tahap Perkembangan
0 – 10 bulan
  1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.
11 bulan
  1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 – 3 tahun
  1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
  2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.
8 tahun
  1. Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :
  1. rencatan akal (kurang kecerdasan)
  2. kerencatan pertuturan
  3. rencatan penglihatan
  4. rencatan pendengaran
  5. sawan (epilepsy)
  6. kecacatan anggota
  7. kecacatan gigi
  8. masalah mengenai pernafasan
  9. masalah mangenai pemakanan
  10. masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy
  • Spastik
  • Ataxia
  • Athetoid
Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.
Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
  1. Hypoytonik – otot lembik.
  2. Campuran sifat-sifat di atas.
Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
  1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.
  2. Kalau kanak-kanak tidak dibri latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.
  3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.
  4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.
            Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu :
  1. Spasticity
  2. Athetosis
  3. Ataxia
Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak
Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.
Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.
Basal Ganglia
            Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.
Serebelum
            Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang.
            Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.
            Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.
Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
  • Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.
  • Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.
  • Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.
  • Masalah pertuturan.
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.
  • Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.
  • Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
  • Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
  • Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.
Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.

            Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas.

            Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan di berikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini di dedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.

Masalah Pembelajaran

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
    1. kebolehan kognitif
    2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
    3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
    4. penguasaan membaca
    5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
    6. kemahiran matematik
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
  1. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  1. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada  peringkat umur 8 tahun atau lebih.
  1. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi  keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak  yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
  1. Menguasai kemahiran komunikasi
  2. Menguasai kemahiran bergaul
  3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
  4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
  5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
  6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
  8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
  • Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
  • Tiada kecacatan fizikal yang teruk
  • Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku  luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
  • Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal
 
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia
 
Autisme
  • Bermasalah komunikasi
  • Sukakan rutin
  • Berada di dunia sendiri
  • Ekolalia
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif tanpa tahu kesan
  • Tidak suka bergaul
  • Tidak ada tentangan mata
  • Kerencatan bahasa
  • Masalah kefahaman
  • Tidak suka disentuh
  • Bermasalah interaksi sosial
  • Pergerakan berulang-ulang
 
Palsi Serebrum
  • Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
  • Masalah pergerakan
  • Masalah postur
  • Kekejangan
  • Pergerakan tidak terkawal
  • Masalah imbangan badan
  • Masalah komunikasi
  • Masalah motor halus/kasar
  • Masalah tulisan
  • Masalah perkembangan motor halus/kasar
 
Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
  • Kecelaruan pertuturan
  • Kecelaruan bahasa
  • Kecelaruan suara
  • Masalah artikulasi
  • Masalah kelancaran
 
Sindrome Down
 
Gangguan Penumpuan ADHD
  • Lambat menyiapkan tugasan
  • Mudah terganggu
  • Masalah kosentrasi
  • Masalah mengurus tugasan
  • Cepat lupa
  • Impulsif
  • Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
  • Memerlukan pengawasan yang lebih
  • Masalah menunggu giliran
 
Hiper Aktif
  • Tidak boleh duduk diam
  • Impulsif
  • Tumpuan perhatian singkat
  • Suka ganggu orang lain
  • Bermasalah Pembelajaran
 
Pintar cerdas dan Berbakat
  • Keupayaan umum yang istimewa
  • Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
  • Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
  • Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
  • Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

Dokumen Rasmi PnP

Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas
Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.
Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :
  • Tarikh dan Masa
  • Kelas
  • Tajuk 
  • Kemahiran
  • Isi Pelajaran
  • Objektif
  • Langkah Pengajaran / Aktiviti
  • Bahan Bantu Mengajar
  • Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang diajar.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengurusan Jadual Waktu

adual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.

Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.

Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah
7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah
7.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.

Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.

Agihan waktu yang dicadangkan :



Subjek
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Bahasa Melayu
5 waktu
6 waktu
Bahasa Inggeris
5 waktu
5 waktu
Matematik
6 waktu
6 waktu
Pendidikan Seni
2 waktu
2 waktu
Agama / Moral
5 waktu
5 waktu
Pendidikan Jasmani
4 waktu
4 waktu
Sosial Alam Sekitar
6 waktu
4 waktu
Kemahiran Hidup
11 waktu
8 waktu
Muzik
2 waktu
2 waktu
Perhimpunan
2 waktu
2 waktu
Jumlah
48 waktu
44 waktu

Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pahang dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untuk mengatur jadual penyeliaan.


 

Latar Belakang Pendidikan Khas

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu

“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ”.

Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.

Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.
Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

Pendidikan Khas

DASAR PENDIDIKAN KHAS

MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

MISI PPKI

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR RINCHING DAN MEMBENTUK MURID MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.



VISI PPKI

MENGHASILKAN MURID - MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI



GARIS PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN MURID/PELAJAR KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERCANTUMAN.

Murid/ Pelajar Baru

Calon berumur 7tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun(sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
Borang yang tidak lengkap adalah dianggap gagal
Calon yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan.Setiap butiran dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (Laporan doktor adalah diwajibkan)
Calon ditemuduga oleh panel terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada layak atau tidak layak ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Percantuman(kecuali calon cacat pendengaran CPD)
Keputusan temuduga diserahklan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk disemak dan dikenalpasti masalah serta kategori calon. Penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.

Calon-calon yang layak diterima:

boleh urus diri tanpa bantuan orang lain
tiada kecacatan fizikal yang teruk
tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (susah kawal),ganas atau mental yang teruk.
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
Calon yang layak hanya akan ditempatkan ke sekolah percantuman yang sesuai dan bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon adalah dianggap sebagai calon menunggu.
Setiap calon yang layak diterima masuk adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah/Penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan dan prestasi pembelajaran calon tersebut. Sekiranya layak/lulus,calon tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi calon yang gagal, disarankan ke program lain seperti PDK (Kebajikan Masyarakat), program swasta atau bimbingan penjaga masing-masing.
Calon yang telah ditemuduga dan gagal boleh memohon semula penempatan sekiranya calon telah melalui pemulihan dan dianggap layak.
Tempoh pembelajaran seseorang murid/ pelajar di Program Percantuman adalah :
Sekolah Rendah daripada umur 7 Tahun ke 13 Tahun
Sekolah Menengah daripada umur 14 Tahun ke 19 Tahun
Tetapi walau bagaiamanpun, prestasi bulanan setiapmurid/pelajar akan menentukan tempoh pembelajarannya.Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid atau pelajar itu menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah(guru dan rakan sebaya). Maka murid / pelajar berkenaan boleh disarankan untuk direhatkan/berhenti bagi satu tempoh sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap atau kelakuan dan minat yang positif.

Peruntukan Murid/Pelajar Pendidikan Khas

Pertukaran murid/pelajar program Pendidikan Khas hendaklah menggunakan borang pertukaran yang ‘standard’. Borang tersebut hendaklah di hantar terus ke Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk di proses dan tindakan selanjutnya.
Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor-Unit Pendidikan Khas tidak boleh diterima.
Borang-borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan.

11 Oct 2011

Jagung Masak Menguning

Lagu interaktif 2


Lompat Si Arnab Lompat

Lagu Interaktif 1


29 Sept 2011

ESEI ILMIAH

ii. Esei ilmiah: Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

 (a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

 (b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

 iii. Cetakan bagi semua jawapan anda

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Tips: Tugasan Blog

Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah dalam pembinaan blog serta mempunyai kelapangan pada tarikh Tutorial kedua dijalankan (15 atau 16 okt mengikut Pusat Wilayah PJJ masing) , bolehlah berjumpa dengan tutor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Anda juga boleh muat turun Modul Pembinaan Blog yang disediakan oleh Pusat ICT di sini . Selain dari itu, terdapat banyak video berkaitan dengan pembinaan blog menggunakan blogger. Antaranya http://youtu.be/ryb4VPSmKuo
Sekiranya anda perlukan maklumbalas terhadap rekaan dan pembinaan blog anda, sila:
1. masukkan link blog yang dibina ke dalam group foum kumpulan anda
2. private message pensyarah anda untuk dapatkan perhatian pensyarah.
Saya pasti, pensyarah anda akan menyemak hasil kerja anda dan memberikan pandangan beliau.
Selamat mencuba..

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jelaskan kefahaman anda berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Forum 5

5. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang.Bincangkan

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Forum 4

4. Guru sebagai arkited bangsa. Hujahkan

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Forum3

3. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.Bincangkan

Moderator : Abd Rahman bin Daud 

forum2

2. Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

Moderator : Abd Rahman bin Daud 

forum 1

1. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

Moderator : Abd Rahman bin Daud 

Tugasan 1 (Forum)

Adakah anda bersetuju bahawa dengan adanya teknologi Internet seperti e-forum dapat membantu anda berkomunikasi dengan berkesan dengan rakan dan pensyarah terutamanya dalam proses P&P. Adakah pertemuan secara berdepan sudah tidak diperlukan lagi? Adakah strategi ini sesuai diaplikasikan bagi semua peringkat pengetahuan murid di sekolah? Bincangkan.

28 Sept 2011

Lalat dan Penyakit, Rasulullah dan Saintis


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik

Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

27 Sept 2011

Merintih minta air

JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.

Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.
“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.




“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama arwah dan anak bongsu, Tengku Hanizan Irfan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal selepas mengambil arwah yang bersekolah di Tadika Tanjung Demong kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

“Ketika itu arwah duduk di belakang manakala adiknya di bakul hadapan. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu sarang tebuan yang melekat di dahan sebatang pokok gelam di tepi jalan, tiba-tiba jatuh menyebabkan tebuan berterbangan dari sarang dan menyerang kami.

“Sebaik disengat, saya memberhentikan motosikal sebelum kami lari menyelamatkan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Rakiah dan Tengku Hanizan turut disengat beberapa tebuan ketika melarikan diri.

Dia bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius di kepala kerana memakai topi keledar selain sempat melilit kepala anak bongsunya dengan kain ketika kejadian.

“Arwah Tengku Hafizul kanak-kanak aktif dan periang. Bagaimanapun, guru tadikanya ada memaklumkan dia menjadi pendiam selain enggan makan nasi pada hari kejadian dan tidak sangka perubahan sikapnya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.

“Walaupun sedih, saya reda dan menganggap kejadian sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.

Menurutnya, sarang tebuan itu sudah beberapa minggu berada di pokok berkenaan dan dipercayai terkoyak akibat dihuni terlalu banyak tebuan.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh jam 10 pagi semalam.

hmetro

Jangan Duduk Dengan Wallet Dalam Poket Belakang

Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga...tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet?



Sebab :


  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.

Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.

25 Sept 2011

Contoh Fail Meja Guru Pendidikan Khas - Integrasi

ISI KANDUNGAN
Fail Meja

Bil. Perkara Muka Surat

1. Maklumat Pegawai
2. Senarai Tugas Pegawai
3. Visi Sekolah
4. Misi Sekolah
5. Visi Unit
6. Misi Unit
7. Objektif Sekolah
8. Objektif Unit
9. Carta Organisasi Sekolah
10. Carta Organisasi Unit
11. Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan dengan Pegawai Lain.
12. Proses Kerja
13. Carta Aliran Kerja
14. Senarai Semak
15. Peraturan – Peraturan Pentadbiran
16. Senarai Undang-Undang Pekeliling
17. Senarai Borang-Borang Yang Digunakan
18. Norma Kerja
19. Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai
20. Senarai Tugas Harian


NAMA AGENSI : (nama sekolah)
ALAMAT :
NO. TELEFON :
N0. FAKS :


E-MAIL :
LAMAN WEB :

Bisnes Tudung