SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN DIRI

Bisnes Tudung

Pengenalan

Video Makro Pengajaran

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4

Bisnes Tudung

29 Sep 2011

ESEI ILMIAH

ii. Esei ilmiah: Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

 (a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

 (b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

 iii. Cetakan bagi semua jawapan anda

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Tips: Tugasan Blog

Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah dalam pembinaan blog serta mempunyai kelapangan pada tarikh Tutorial kedua dijalankan (15 atau 16 okt mengikut Pusat Wilayah PJJ masing) , bolehlah berjumpa dengan tutor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Anda juga boleh muat turun Modul Pembinaan Blog yang disediakan oleh Pusat ICT di sini . Selain dari itu, terdapat banyak video berkaitan dengan pembinaan blog menggunakan blogger. Antaranya http://youtu.be/ryb4VPSmKuo
Sekiranya anda perlukan maklumbalas terhadap rekaan dan pembinaan blog anda, sila:
1. masukkan link blog yang dibina ke dalam group foum kumpulan anda
2. private message pensyarah anda untuk dapatkan perhatian pensyarah.
Saya pasti, pensyarah anda akan menyemak hasil kerja anda dan memberikan pandangan beliau.
Selamat mencuba..

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jelaskan kefahaman anda berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Forum 5

5. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang.Bincangkan

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Forum 4

4. Guru sebagai arkited bangsa. Hujahkan

Moderator : Abd Rahman bin Daud

Forum3

3. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.Bincangkan

Moderator : Abd Rahman bin Daud 

forum2

2. Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

Moderator : Abd Rahman bin Daud 

forum 1

1. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

Moderator : Abd Rahman bin Daud 

Tugasan 1 (Forum)

Adakah anda bersetuju bahawa dengan adanya teknologi Internet seperti e-forum dapat membantu anda berkomunikasi dengan berkesan dengan rakan dan pensyarah terutamanya dalam proses P&P. Adakah pertemuan secara berdepan sudah tidak diperlukan lagi? Adakah strategi ini sesuai diaplikasikan bagi semua peringkat pengetahuan murid di sekolah? Bincangkan.

28 Sep 2011

Lalat dan Penyakit, Rasulullah dan Saintis


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik

Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

27 Sep 2011

Merintih minta air

JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.

Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.
“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.




“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama arwah dan anak bongsu, Tengku Hanizan Irfan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal selepas mengambil arwah yang bersekolah di Tadika Tanjung Demong kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

“Ketika itu arwah duduk di belakang manakala adiknya di bakul hadapan. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu sarang tebuan yang melekat di dahan sebatang pokok gelam di tepi jalan, tiba-tiba jatuh menyebabkan tebuan berterbangan dari sarang dan menyerang kami.

“Sebaik disengat, saya memberhentikan motosikal sebelum kami lari menyelamatkan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Rakiah dan Tengku Hanizan turut disengat beberapa tebuan ketika melarikan diri.

Dia bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius di kepala kerana memakai topi keledar selain sempat melilit kepala anak bongsunya dengan kain ketika kejadian.

“Arwah Tengku Hafizul kanak-kanak aktif dan periang. Bagaimanapun, guru tadikanya ada memaklumkan dia menjadi pendiam selain enggan makan nasi pada hari kejadian dan tidak sangka perubahan sikapnya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.

“Walaupun sedih, saya reda dan menganggap kejadian sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.

Menurutnya, sarang tebuan itu sudah beberapa minggu berada di pokok berkenaan dan dipercayai terkoyak akibat dihuni terlalu banyak tebuan.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh jam 10 pagi semalam.

hmetro

Jangan Duduk Dengan Wallet Dalam Poket Belakang

Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga...tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet?



Sebab :


  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.

Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.

25 Sep 2011

Contoh Fail Meja Guru Pendidikan Khas - Integrasi

ISI KANDUNGAN
Fail Meja

Bil. Perkara Muka Surat

1. Maklumat Pegawai
2. Senarai Tugas Pegawai
3. Visi Sekolah
4. Misi Sekolah
5. Visi Unit
6. Misi Unit
7. Objektif Sekolah
8. Objektif Unit
9. Carta Organisasi Sekolah
10. Carta Organisasi Unit
11. Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan dengan Pegawai Lain.
12. Proses Kerja
13. Carta Aliran Kerja
14. Senarai Semak
15. Peraturan – Peraturan Pentadbiran
16. Senarai Undang-Undang Pekeliling
17. Senarai Borang-Borang Yang Digunakan
18. Norma Kerja
19. Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai
20. Senarai Tugas Harian


NAMA AGENSI : (nama sekolah)
ALAMAT :
NO. TELEFON :
N0. FAKS :


E-MAIL :
LAMAN WEB :

24 Sep 2011

Tugasan KRT3013 (PJJ)

TUGASAN KRT3013 TMK

1. Tugasan 1A
- Forum 10 %
- Tarikh Akhir 03/10/2011

2. Tugasan 1B
- Esei 20%
- Secara individu
- Cara hantar email kepada pensyarah mengikut kumpulan
- 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format pdf / doc / mana2 format yang sesuai.

Soalannya :
Teknologi Komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik darjah. Sebagai guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:

A. Kenalpasti masalah pengajaran di dalam billik darjah.
B. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (B)

3. Tugasan 1C
- Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru.
- Markah akan diberi mengikut perkembangan blog.
- Tarikh akhir 12/12/2011








 




                        

23 Sep 2011

TAKSIRAN KEPERLUAN PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN GURU SAINS DALAM PERKHIDMATAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menentukan tahap keperluan penguasaan
teknologi maklumat dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
latihan. Sampel kajian adalah guru-guru sains sekolah
menengah dalam perkhidmatan.  Kajian ini  merupakan satu
kajian tinjauan dengan  menggunakan borang soal selidik. 
Sampel kajian ini berjumlah 181 orang daripada populasi 322
orang guru-guru sains sekolah  menengah Bahagian
Kuching/Samarahan, Sarawak.  Instrumen kajian mengunakan
soal selidik 5 poin skala Likert dengan pekali
kebolehpercayaan Cronbach Alpha di antara 0.96 - 0.99. 
Analisis soal selidik mendapati tahap pengetahuan, kemahiran
dan latihan  sedia ada guru-guru sains ini berada pada tahap
sederhana. Ini dapat dilihat dengan nilai min pengetahuan
(2.56), kemahiran (3.11) dan latihan (2.81). Tahap keperluan
dikenalpasti dengan  menilai jurang antara pengetahuan,
kemahiran  dan latihan sedia ada dengan yang perlu ada.
Maka, dapatan menunjukkan tahap keperluan pengetahuan
adalah sangat besar dengan nilai jurang  min adalah 1.50. 
Manakala tahap keperluan kemahiran adalah sederhana
dengan nilai jurang min 1.17 dan tahap keperluan latihan
dengan jurang nilai  min 1.42.  Kajian mengesyorkan  satu
program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu
dilaksanakan untuk  menambah pengetahuan dan kemahiran
asas dan  pengunaan teknologi  maklumat  guru-guru sains
dalam perkhidmatan. 



PENDAHULUAN

Kerajaan Malaysia telah meletakkan matlamat bahawa pada tahun 2010
semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia  sebagai Sekolah Bestari
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997a). Sekolah Bestari ini akan
berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Ini
merupakan satu perubahan besar terhadap sistem pendidikan negara dan ini
selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara membangun menjelang
tahun 2020. Salah satu langkah strategik untuk mencapai matlamat ini ialah
dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia.  Salah satu lapan aspek penting
Koridor Raya Multimedia ialah aplikasi Sekolah Bestari.


Penggunaan teknologi maklumat merangkumi aspek  pengurusan dan
pentadbiran sekolah dan yang lebih penting ia diaplikasikan di dalam proses
pengajaran  dan pembelajaran (Fiske 1991). Sejarah penggunaan teknologi
maklumat di Malaysia telah dimulakan dengan pengenalan program kelab
komputer sebagai salah satu kegiatan kokurikulum sekolah pada tahun
1980an (Zoraini, 1991).  Ini diikuti dengan pengenalan program Komputer
Dalam Pendidikan pada tahun 1995. Program ini memberi penekanan kepada
empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik.  Maka guru-guru mata pelajaran yang berkaitan telah diberi latihan
penggunaan komputer di dalam proses pengajaran  dan pembelajaran. 
Susulan daripada itu, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan menjadikan
Literasi Komputer sebagai salah satu mata pelajaran dalam pengajian
peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Kemantapan penggunaan teknologi maklumat sangat penting untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran juga
pentadbiran  dan pengurusan sekolah.  Bermula akhir tahun 2002,  semua
guru yang  mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat tahap
satu sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah sekolah
menengah telah mengikuti kursus penggunaan teknologi maklumat.  Ini diikuti
dengan pembekalan komputer riba kepada semua guru sains dan matematik
yang terlibat di dalam pengajaran  Sains dan  Matematik di dalam Bahasa
Inggeris. Setiap sekolah juga dibekalkan dengan projektor multimedia, skrin,
pembesar suara dan troli. Walau pun semua infrastruktur teknologi maklumat
telah diadakan, tetapi  apakah keperluan sebenar guru dan pihak pentadbir
sekolah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains
ketahap bestari?   

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat
sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang
pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah
mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin
pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata
pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan
penggunaan ICT dalam pendidikan.

  Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran
Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan
ICT seperti program pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992,
projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada
tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk
memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan programprogram ICT yang
dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan
penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala
kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan
keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan
perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan
bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah
melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti
makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan
bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. 

  Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan
teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang
serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti
pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai
penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

Post yang pertama

telah berjaya wujudkan blog pertama pendidikan saya...penambahbaikan blog akan dilakukan dari semasa ke semasa

Bisnes Tudung