SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN DIRI

Bisnes Tudung

Pengenalan

Video Makro Pengajaran

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4

Bisnes Tudung

23 Sept 2011

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat
sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang
pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah
mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin
pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata
pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan
penggunaan ICT dalam pendidikan.

  Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran
Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan
ICT seperti program pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992,
projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada
tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk
memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan programprogram ICT yang
dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan
penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala
kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan
keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan
perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan
bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah
melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti
makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan
bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. 

  Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan
teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang
serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti
pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai
penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

Bisnes Tudung