| DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
| |||||||||||||||||||||||
RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
Murid-murid terencat akal ringan yang:
| |||||||||||||||||||||||
|
Video Makro Pengajaran
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
13 Oct 2011
Masalah Pembelajaran
Dokumen Rasmi PnP
Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas
Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.
Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :
- Tarikh dan Masa
- Kelas
- Tajuk
- Kemahiran
- Isi Pelajaran
- Objektif
- Langkah Pengajaran / Aktiviti
- Bahan Bantu Mengajar
- Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )
Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang diajar.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengurusan Jadual Waktu
adual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.
Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.
Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah
7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah
7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.
Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.
Agihan waktu yang dicadangkan :

Subjek | Sekolah Menengah | Sekolah Rendah |
Bahasa Melayu | 5 waktu | 6 waktu |
Bahasa Inggeris | 5 waktu | 5 waktu |
Matematik | 6 waktu | 6 waktu |
Pendidikan Seni | 2 waktu | 2 waktu |
Agama / Moral | 5 waktu | 5 waktu |
Pendidikan Jasmani | 4 waktu | 4 waktu |
Sosial Alam Sekitar | 6 waktu | 4 waktu |
Kemahiran Hidup | 11 waktu | 8 waktu |
Muzik | 2 waktu | 2 waktu |
Perhimpunan | 2 waktu | 2 waktu |
Jumlah | 48 waktu | 44 waktu |
Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pahang dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untuk mengatur jadual penyeliaan.
Latar Belakang Pendidikan Khas
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu
“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ”.
Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.
Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.
Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

Pendidikan Khas
DASAR PENDIDIKAN KHAS
MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
MISI PPKI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR RINCHING DAN MEMBENTUK MURID MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
VISI PPKI
MENGHASILKAN MURID - MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI
GARIS PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN MURID/PELAJAR KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERCANTUMAN.
Murid/ Pelajar Baru
Calon berumur 7tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun(sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
Borang yang tidak lengkap adalah dianggap gagal
Calon yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan.Setiap butiran dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (Laporan doktor adalah diwajibkan)
Calon ditemuduga oleh panel terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada layak atau tidak layak ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Percantuman(kecuali calon cacat pendengaran CPD)
Keputusan temuduga diserahklan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk disemak dan dikenalpasti masalah serta kategori calon. Penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.
Calon-calon yang layak diterima:
boleh urus diri tanpa bantuan orang lain
tiada kecacatan fizikal yang teruk
tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (susah kawal),ganas atau mental yang teruk.
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
Calon yang layak hanya akan ditempatkan ke sekolah percantuman yang sesuai dan bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon adalah dianggap sebagai calon menunggu.
Setiap calon yang layak diterima masuk adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah/Penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan dan prestasi pembelajaran calon tersebut. Sekiranya layak/lulus,calon tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi calon yang gagal, disarankan ke program lain seperti PDK (Kebajikan Masyarakat), program swasta atau bimbingan penjaga masing-masing.
Calon yang telah ditemuduga dan gagal boleh memohon semula penempatan sekiranya calon telah melalui pemulihan dan dianggap layak.
Tempoh pembelajaran seseorang murid/ pelajar di Program Percantuman adalah :
Sekolah Rendah daripada umur 7 Tahun ke 13 Tahun
Sekolah Menengah daripada umur 14 Tahun ke 19 Tahun
Tetapi walau bagaiamanpun, prestasi bulanan setiapmurid/pelajar akan menentukan tempoh pembelajarannya.Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid atau pelajar itu menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah(guru dan rakan sebaya). Maka murid / pelajar berkenaan boleh disarankan untuk direhatkan/berhenti bagi satu tempoh sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap atau kelakuan dan minat yang positif.
Peruntukan Murid/Pelajar Pendidikan Khas
Pertukaran murid/pelajar program Pendidikan Khas hendaklah menggunakan borang pertukaran yang ‘standard’. Borang tersebut hendaklah di hantar terus ke Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk di proses dan tindakan selanjutnya.
Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor-Unit Pendidikan Khas tidak boleh diterima.
Borang-borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan.

11 Oct 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)